Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    RCEP dikuat kuasa secara menyeluruh babit semua 15 ahli

    BEIJING, 2 JUN – Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dikuat kuasa secara rasmi di Filipina hari ini, menandakan ke-semua 15 anggota meratifikasi perjanjian berkenaan, lapor Xinhua.

    Pelaksanaan penuh RCEP mencerminkan keazaman dan tindakan 15 ahlinya, 10 ahli Persatuan Negara-negara Asia Tenggara, China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand dalam menyokong sistem perdagangan pelbagai hala yang inklusif, terbuka, bebas, adil serta berasaskan peraturan, menurut kementerian perdagangan China.

    Perjanjian RCEP ditandatangani pada November 2020 oleh 15 negara Asia-Pasifik selepas lapan tahun rundingan.

    Ia mula dikuat kuasa pada 2022, mewujudkan blok perdagangan ter-besar di dunia.

    Pelaksanaan penuh RCEP dijangka menyuntik momentum kukuh ke dalam integrasi ekonomi serantau, meningkatkan tahap liberalisasi dan kemudahan perdagangan dan pelaburan di Asia Timur, termasuk menyumbang kepada pembangunan stabil jangka panjang ekonomi serantau dan global, menurut kementerian perdagangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...