Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    RCEP dinamikkan pembangunan ekonomi serantau

    BEIJING, 4 MEI – Jumlah import dan eksport antara China dengan 14 negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) merekodkan RMB2.86 trilion pada suku pertama tahun ini, meningkat sebanyak 6.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

    RECP yang dikuatkuasakan pada 1 Januari, me-rangsang perdagangan negara-negara terlibat dan menyuntik kedinamikan baharu ke dalam ekonomi rantau ini.

    Dengan rangsangan RCEP, kebanyakan wilayah di China mencapai pertumbuhan perdagangan dengan negara anggota RCEP.

    Pada suku tahun pertama, perdagangan Hainan dengan anggota RCEP menyumbang lebih 30 peratus dalam dagangan keseluruhan provinsi itu, manakala import dan eksport Hainan dengan anggota RCEP meningkat sebanyak 45.8 peratus.

    Pada masa sama, import dan eksport antara Jiangxi dengan anggota RCEP berjumlah RMB46.72 bilion, meningkat 45 peratus.

    Selain itu, lebih 210,000 TEU barangan telah dihantar melalui pengangkutan gabungan darat dan lautan dari Guangxi ke negara anggota RCEP, meningkat lebih 50 peratus.

    Pengarah Pusat Penyelidikan Kerjasama Ekonomi Serantau Institut Penyelidikan Kementerian Perdagangan China, Zhang Jianping berkata peraturan ekonomi dan perdagangan RCEP mewakili hala tuju pengembangan peraturan perdagangan dan pelaburan antarabangsa pada abad ke-21. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...