Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    RCEP mampu tingkatkan dagangan China-M’sia ke tahap baharu

    BEIJING, 17 MAC – Penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) oleh Malaysia esok dan penaiktarafan perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) 3.0 bakal melonjakkan hubungan kerjasama Malaysia-China ke tahap baharu.

    Menurut Duta Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, perdagangan dua hala antara Malaysia dengan China pada 2021 berjumlah AS$176.8 bilion, iaitu meningkat 35 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Beliau berkata perkembangan politik di China bukan sahaja berkaitan dengan pasaran domestik China, bahkan juga memberi kesan terhadap dunia luar, termasuk Malaysia.

    “Kami juga sangat menumpukan perhatian kepada cara China untuk mengekang penularan wabak, dan bilakah negara ini membuka semula sempadannya,” kata Nushirwan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda