Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Reaktor loji nuklear terhenti di Sweden

    STOCKHOLM, 10 NOV – Sebuah reaktor di loji nuklear di selatan Sweden terhenti tiba-tiba semalam selepas turbin mengalami kerosakan, kata penyiar Sweden SVT.

    ”Reaktor 3 Oskarshamn terputus daripada grid tenaga disebabkan penutupan turbin. Siasatan untuk mencari penyelesaian sedang dilancarkan,” beritahu jurucakap loji Desiree Liljevall kepada SVT.

    Tidak ada kebocoran radiasi atau risiko lain yang dilaporkan. Bagaimanapun, bekalan terputus itu berlaku pada masa kritikal, apabila harga tenaga meningkat dan masalah bekalan mendorong negara-negara Eropah bergegas memastikan mereka mempunyai bekalan elektrik yang cukup untuk musim sejuk akan datang.

    Nord Pool, firma tenaga Eropah, berkata masih tidak diketahui berapa lama reaktor Sweden akan terhenti dan ‘lebih banyak maklumat akan menyusul dalam masa 24 jam akan datang.’ – AFP

    Pemandangan luar loji tenaga nuklear Oskarshamn di Oskarshamn, tenggara Sweden. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...