SOFIA, 9 DIS – Satu-satunya loji tenaga nuklear Bulgaria akan menutup salah satu reaktornya pada Sabtu – penutupan ketiga setakat ini pada tahun ini – selepas kebocoran bahan pendingin radioaktif dikesan.
Dua kejadian sebelum ini termasuk kerosakan penjana di reaktor Kozloduy, terletak di barat laut Bulgaria di Sungai Danube, telah membawa kepada penutupan pada Jun dan Oktober. Kebocoran di Loji Tenaga Nuklear Kozloduy berada dalam had selamat apabila ia dikesan pada minggu lalu dalam penjana wap, kata operatornya hari ini, menambah ia telah memutuskan untuk memantau reaktor pada masa itu.
Kozloduy NPP berkata hari ini ia memutuskan untuk ‘menutup reaktor sebelum had maksimum dalam peraturan teknologi dicapai.’
Ia menambah tidak adanya ‘perubahan dalam situasi radioaktif di kawasan kerja dan di tapak Kozloduy.’
Reaktor 6 dijangka ditutup pada pagi esok. Masih tidak pasti bila ia akan disambung semula ke grid tenaga.
Reaktor aktif kedua pula sedang beroperasi pada kapasiti penuh. – AFP