Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Real, Atletico Madrid kembali bersemangat

    MADRID, 3 APRIL – Karim Benzema dan Joao Felix memastikan Real Madrid dan Atletico Madrid meraih kemenangan yang meningkatkan semangat dalam La Liga kelmarin sebelum berdepan pasukan handalan Liga Perdana minggu hadapan dalam suku akhir Liga Juara-juara.

    Benzema terlepas satu sepakan penalti tetapi berjaya menjaringkan dua gol ketika Real Madrid menewaskan Celta Vigo 2-1 untuk kembali ke landasan kemenangan menjelang pertemuan genting dengan Chelsea pada Rabu nanti.

    Sementara itu, Atletico Madrid menewaskan Alaves 4-1 sebelum lawatan mereka ke Manchester City kendalian Pep Guardiola pada Selasa nanti, Felix dalam prestasi terbaik menjaringkan dua gol, dengan Luis Suarez menambah jaringan selepas masuk sebagai pemain gantian.

    Felix kini memiliki tujuh gol dalam lapan perlawanan terakhirnya untuk Atletico dan pemain berusia 22 tahun itu berkemungkinan menjadi pemain utama sekiranya pemain Diego Simeone mahu membuat kejutan dalam menentang City dan mara ke separuh akhir. – AFP

    Reaksi Karim Benzema semasa perlawanan bola sepak Liga Sepanyol antara RC Celta de Vigo dan Real Madrid CF di stadium Balaidos di Vigo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...