Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real dominan, MSN capai rekod 100 gol

    MADRID, 7 Mei – Alvaro Morata dan James Rodriguez masing-masing menjaringkan dua gol bagi membantu Real Madrid melakar kemenangan mudah 4-0 ke atas Granada dalam aksi Liga Sepanyol, awal pagi tadi.

    Kemenangan itu meletakkan Real kini hanya dipisahkan dengan tiga kemenangan lagi untuk menjuarai saingan La Liga musim ini.

    Namun Barcelona mengekalkan tekanan mereka ke atas juara Eropah itu apabila Neymar, Lionel Messi dan Luis Suarez masing-masing menyumbat gol bagi merekodkan keseluruhan 102 gol buat Barcelona ketika menewaskan Villareal 4-1, sekali gus kekal sebagai pendahulu liga.

    Barcelona kekal di tangga persada liga berdasarkan kelebihan menerusi rekod pertemuan tetapi Real mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding Barca.

    Trio penyerang Barcelona dengan jolokan ‘MSN’ meraikan jaringan Lionel Messi (tengah) ke atas Villareal di Camp Nou. MSN kini telah merekodkan keseluruhan 102 gol buat Barcelona. - AFP
    Trio penyerang Barcelona dengan jolokan ‘MSN’ meraikan jaringan Lionel Messi (tengah) ke atas Villareal di Camp Nou. MSN kini telah merekodkan keseluruhan 102 gol buat Barcelona. – AFP

    Jurulatih Real, Zinedine Zidane meneruskan sistem penggiliran pemain sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila membuat sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama ketika menewaskan Atletico Madrid 3-0 pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, Rabu lalu, yang menyaksikan Cristiano Ronaldo direhatkan bagi pertemuan dengan Granada.

    Bagaimanapun, apa yang lebih penting, Real berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam sembilan perlawanan tanpa kehadiran Ronaldo musim ini.

    “Bagi seorang jurulatih, ia adalah berita yang baik. Ini bermakna semua orang terlibat, berada dalam keadaan fizikal yang baik, setiap kali mereka mendapat peluang untuk bermain, mereka akan berikan yang terbaik.

    Real kini hanya memerlukan tujuh mata daripada tiga perlawanan terakhir mereka menentang Sevilla, Celta Vigo dan Malaga bagi merangkul gelaran liga buat kali pertama dalam tempoh lima tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda