MADRID, 3 Feb – Real Madrid berharap untuk mendapatkan kembali khidmat Luka Modric dan Marcelo yang cedera apabila mereka mahu membalas dendam atas penyingkiran mereka dalam aksi Copa del Rey di tangan Celta Vigo apabila mereka kembali ke Balaidos hujung minggu ini.
Celta mencipta kejutan dalam Copa dely Rey dengan meraih kemenangan 2-1 di Santiago Bernabeu dan kemudian berjaya mengekang Real Madrid untuk meraih keputusan seri 2-2 di Balaidos, sekali gus mara ke separuh akhir dengan agregat 4-3. Bagaimanapun kali ini Real Madrid dijangka berkunjung dengan skuad yang lebih kuat, manakala bos Celta Vigo, Eduardo Berizzo dijangka membuat beberapa pertukaran dengan pasukannya menjelang perlawanan separuh akhir kedua di Alaves minggu depan.
Modric dan Marcelo telah terlepas dua perlawanan terakhir kerana cedera, tetapi keduanya telah kembali menjalani latihan baru-baru ini dan mungkin beraksi.
Kehadirian Modric di tengah padang memang tidak disangkal begitu penting bagi pasukan Zinedine Zidane kerana Toni Kross digantung perlawanan. Berizzo telah membuat perubahan dengan pasukannya dalam dua perlawanan La Liga kerana memberi keutamaan kepada Copa del Rey.
Dan dengan Galicians hanya 90 minit daripada final sejak 2001, dan mereka terikat 0-0 dengan Alaves pada perlawanan pertama, bos Celta itu dijangka sekali lagi membuat perubahan besar dan mungkin tidak menurunkan Iago Aspas. – AFP