Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Real Madrid bangkit kalahkan Villareal

    VILA-REAL, SEPANYOL, 20 JAN – Real Madrid kembali bangkit setelah ketinggalan dua gol untuk menewaskan Villarreal 3-2 kelmarin dan menempah tempat ke suku akhir Piala Sepanyol.

    Skuad kendalian Carlo Ancelotti berharap kemenangan itu menjadi titik tolak selepas bergelut pada 2023. Mereka ditewaskan oleh pencabar Barcelona dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol Ahad lalu. Los Blancos kelihatan bersedia untuk mengalami penyingkiran piala pada pertemuan kelmarin, selepas Etienne Capoue dan Samuel Chukwueze menjaringkan gol pada separuh masa pertama untuk tuan rumah.

    Bagaimanapun jaringan Vinicius Junior, Eder Militao dan Dani Ceballos selepas rehat menjadikan Madrid mara ke perlawanan suku akhir, yang kali terakhir memenangi trofi itu pada 2014.

    Villarreal, yang mempamerkan aksi mengagumkan ketika menewaskan Madrid dalam La Liga pada awal Januari, bermula dengan cemerlang, Capoue menyumbat gol yang menakjubkan dengan bantuan Gerard Moreno.

    Pasukan Quique Setien telah memenangi enam daripada tujuh perlawanan terakhir mereka dan seri satu lagi. Mereka juga bermain dengan penuh keyakinan pada separuh masa pertama.

    Tuan rumah menggandakan pendahuluan mereka di Estadio de la Ceramica sejurus sebelum separuh masa, dengan Chukwueze memberikan sentuhan penamat.

    Ancelotti bertindak balas dengan membawa masuk Ceballos dan Marco Asensio. Penukaran itu memberi perubahan yang ketara. Ceballos membantu Vinicius menjaringkan gol pertama buat Madrid. Kemudian Asensio melakukan tendangan percuma tetapi Filip Jorgensen mengagalkan percubaan itu ketika Los Blancos berusaha keras untuk mendapatkan gol penyamaan.

    Penjaga gol dari Denmark itu kemudian menepis tandukan Karim Benzema beberapa saat kemudian, tetapi Militao akhirnya berjaya membolosi pertahanannya.

    Apabila hampir memasuki masa tambahan, Ceballos berjaya menjaringkan gol kemenangan setelah membuat percubaan dengan tendangan dari tepi kotak penalti, yang dibantu oleh Asensio. – AFP

    Reaksi Dani Ceballos meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya di stadium La Ceramica di Vila-Real, dekat Valencia, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...