Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real Madrid, Barcelona berdepan tekanan

    MADRID, 19 Okt – Real Madrid dan Barcelona tidak dapat menghindarkan untuk berada dalam tekanan Clasico minggu depan tetapi masing-masing memiliki dua perlawanan untuk sekurang-kurangnya melonjakkan kedudukan menjelang pertembungan penting di Camp Nou.

    Lapan perlawanan dalam La Liga dan Julen Lopetegui dan Ernesto Valverde merasakan kehangatannya, dipaksa untuk mempertahankan persaingan yang hambar yang menyaksikan pasukan mereka mampu untuk menggabungkan purata dua kemenangan dari 10 perlawanan lalu mereka.

    Kemerosotan Madrid dirasakan lebih sukar, dengan memberikan kedudukan mereka belum menjaringkan gol dalam 360 minit, tidak termasuk masa kece-deraan dan tiga dari empat perlawanan lalu mereka berakhir dengan kekalahan.

    Sementara itu Barca boleh menunjukkan kekuatan kemenangan mereka di Wembley ke atas Tottenham dan kemudian mendapatkan mata di Valencia, Madrid melalui kekecewaan berturu-turut di gelanggang luar menentang CSKA Moscow dan Alaves.

    Mereka memiliki dua perlawanan di gelanggang luar untuk menjelaskan kesuraman dan begitu juga dengan kemenangan, menentang Levante dalam persaingan La Liga esok sebelum kunjungan Viktoria Plzen pada Selasa dalam Liga Juara-Juara.

    Dua kemenangan dan paling penting, beberapa jaringan akan memastikan ruang bernafas yang diperlukan.

    Dia bersedia ditanya mengenai masa depannya dalam tugas yang sama dia mengorbankan Sepanyol dan Piala Dunia pada Jun.

    “Jurulatih tidak akan memikirkan mengenai ini, kami berada dalam bulan Oktober,” kata Lopetegui selepas kemenangan liga pertama Alaves di gelanggang sendiri menentang Real Madrid sejak 1931.

    “Satu-satunya perkara positif adalah kami begitu hampir ke liga teratas, perkara penting sekarang adalah untuk memulihkan pemain yang cedera dan kemudian ketenangan akan hadir dengan memenangi perlawanan dan menjaringkan gol.”

    Kecederaan pasti tidak membantu. Marcelo dan Isco keduanya dijangka kembali menentang Levante sementara Gareth Bale berlatih sekali lagi minggu ini, meskipun sendiri. Kesemua tiga mereka akan memberikan peningkatan dalam serangan.

    Karim Benzema sedang bergelut dengan kekejangan hamstring tetapi pemain penyerang itu mungkin kurang dicari.

    Tujuh perlawanan tanpa jaringan dilihat memberi peluang kepada Mariano Diaz untuk mempamerkan kemampuannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda