Real Madrid benam Barcelona di Clasico

BARCELONA, 25 OKT – Real Madrid kembali bangkit dengan cara terbaik semalam selepas berjaya menewaskan musuh ketat mereka, Barcelona 3-1 di perlawanan Clasico dengan tanpa penonton buat pertama kali, memberikan peluang gelaran La Liga kepada Madrid.

Barca memiliki peluang untuk menewaskan Madrid kepada tiga kekalahan berturut-turut dan memberikan tekanan kepada Zinedine Zidane.

Sebaliknya, kemenangan Madrid mengangkat mereka enam mata berada di atas Barca dengan memiliki satu perlawanan lagi di tangan mereka.

Sepakan penalti Sergio Ramos dan jaringan lewat dari Luka Modric menamatkan impian Barcelona.

Federico Valverde dan Ansu Fati menjaringkan gol di awal perlawanan membuktikan kedua-dua pasukan bermain dengan baik.

Aksi Luka Modric dari Real Madrid ketika menjaringkan gol semasa perlawanan La Liga antara FC Barcelona dan Real Madrid di Stadium Camp Nou semalam. – AP

Barcelona terpaksa akur, apabila Ramos diberikan sepakan penalti oleh VAR apabila Clement Lenglet menjatuhkannya dengan menarik bajunya di kotak penalti.

Lionel Messi berusaha untuk memenangi perlawanan, tetapi Madrid mendominasi hampir keseluruhan perlawanan.

Ini adalah Clasico pertama buat Ronald Koeman sebagai jurulatih Barcelona dan beberapa tekanan yang dirasakan oleh Zidane sebelum ini telah berpindah kepada jurulatih dari Belanda itu, yang hanya meraih tiga kemenangan dari enam perlawanan pertamanya.

Barcelona akan menentang Juventus pada Rabu ini dalam aksi Liga Juara-Juara, tanpa Gerard Pique yang digantung.

Setiap kekalahan Barca kini akan memberi tumpuan kepada masa depan bintang mereka, Messi.

Pemain Argentina itu, yang gagal dalam percubaannya untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas lalu, masih mencetak gol dari perlawanan terbuka musim ini. – AFP