Real Madrid dimalukan Alcoyano di Copa Del Rey

MADRID, 21 JAN – Zinedine Zidane mendakwa para pemain Real Madrid masih mempunyai keyakinan akan kemampuannya walaupun Real Madrid mencatat kekalahan memalukan ketika menentang pasukan divisyen tiga, Alcoyano dalam kejohanan Copa del Rey semalam.

Juara bertahan La Liga itu kalah 1-2 ke atas Alcoyano, yang menemukan jaringan gol kemenangan pada masa tambahan selepas beraksi dengan 10 pemain.

Real Madrid hanya menang sekali dalam lima perlawanan terakhir mereka, dengan kekalahan terbaharu ini memberikan lebih tekanan kepada Zidane.

“Saya yakin mereka masih percayakan saya, anda boleh tanya mereka. Kami sudah melakukan yang terbaik musim ini, kecuali pada empat aksi terakhir.”

Ditanya apakah dia masih mendapat sokongan pemain, Zidane berkata, “Ya saya percaya, anda boleh bertanya kepada mereka. Kami telah melakukan perkara yang baik musim ini, selain dari empat perlawanan terakhir. Tetapi kami masih mempunyai La Liga dan Liga Juara-Juara, kami perlu berusaha. Sama ada mesej saya ini sampai, anda boleh bertanya kepada mereka, saya tidak dapat menjawabnya.“

Reaksi pasukan Alcoyano ketika meraikan jaringan gol kedua pasukannya semasa perlawanan Copa del Rey menentang Real Madrid di Stadium El Collao semalam. – AP

Zidane bertanggungjawab atas kekalahan itu.

“Saya jurulatih, ini salah saya,” katanya. “Saya bertanggungjawab, para pemain telah mencuba yang terbaik untuk berjaya.”

Zidane melakukan perubahan dalam kesebelasan utamanya dengan membariskan pemain seperti Marcelo, Isco, Casemiro dan Vinicius Junior yang dilihat sudah cukup untuk mengalahkan pasukan di tangga keempat Segunda B.

Bagaimanapun, Zidane terpaksa membawa masuk pemain seperti Eden Hazard, Karim Benzema dan Toni Kroos dari bangku simpanan untuk memperkuatkan pasukan.

Alcoyano sudah lama tidak beraksi di liga utama sejak 1951 dan Stadium El Collao hanya boleh memuatkan 5,000 penonton.

Pasukan bimbingan Zidane mendahului melalui jaringan Eder Militao pada hujung aksi separuh masa pertama sebelum Ramon Lopez menyamakan kedudukan pada minit ke-82.

Tetapi Madrid masih bergelut pada separuh masa kedua, walaupun setelah Benzema menggantikan Mariano Diaz dan Alcoyano menyamakan kedudukan pada minit ke-82 melalui sepakan sudut yang dilakukan oleh Ramon Lopez kepada Jose Solbes untuk menjaringkan gol.

Perlawanan dibawa ke masa tambahan, di mana hantaran lintang Ali Diakite kepada Juanan melengkapkan kemenangan yang menakjubkan buat Alcoyano. – AFP