Real Madrid gagal rebut peluang

MADRID, 26 SEPT – Real Madrid gagal untuk merebut peluang atas kekalahan Atletico Madrid menentang kelab bawah Alaves kelmarin setelah mendapat keputusan seri menentang Villarreal di La Liga.

Pendahulu liga tercicir mata sekali gus memberikan ini memberikan peluang kepada Sevilla untuk naik ke tangga kedua liga selepas menewaskan Espanyol 2-0.

Terdahulu, Atletico mencatatkan kekalahan pertama mereka pada awal musim menentang Alaves yang melakar kemenangan pertama mereka, setelah tewas dalam lima perlawanan dan gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam empat perlawanan sebelumnya.

Ini bermakna Real Madrid mempunyai peluang untuk meraih lima mata dengan menewaskan Villarreal tetapi hanya mendahului tiga mata di hadapan setelah prestasi yang kurang memuaskan berbanding dengan prestasi perlawanan menentang Mallorca dengan keputusan 6-1 semasa pertengahan minggu. – AFP

Reaksi pemain Real Madrid, Karim Benzema membuat percubaan namun dihalang oleh pemain pertahanan Villarreal, Pau Torres dan Raul Albiol.