Real Madrid hanya seri, Atletico intai kelebihan

MADRID, 2 MAC – Peluang Real Madrid untuk mengejar pendahulu La Liga Atletico Madrid terjejas kelmarin apabila mereka memerlukan jaringan penyamaan pada minit lewat dari Vinicius Junior untuk memastikan keputusan seri 1-1 menentang Real Sociedad.

Perlawanan mungkin bertambah buruk buat pasukan Zinedine Zidane, dengan jaringan Vinicius pada minit ke-89 perlawanan menghalang mereka daripada mencatatkan kekalahan setelah Atletico dan Barcelona memperoleh kemenangan.

Kemenangan Atletico ke atas Villarreal pada Ahad meletakkan mereka enam mata di hadapan Real Madrid, kelebihan yang kini dikurangkan kepada lima mata menjelang pertemuan derbi Madrid minggu hadapan di Wanda Metropolitano. Atletico turut mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Keputusan tersebut menamatkan rekod kemenangan dalam lima perlawanan sementara tandukan hebat pemain Real Sociedad, Portu pada awal separuh masa kedua dan gol pertama dibolosi oleh pasukan juara bertahan dalam lima perlawanan.

Ini menandakan perubahan penting dalam momentum. Beberapa hari lalu, Atletico mungkin berharap untuk bertahan di kedudukan teratas pada hujung minggu hadapan tetapi kini mereka mempunyai peluang untuk mencari ruang untuk menewaskan semua lawan daripada saingan perebutan kejuaraan.

“Kami banyak bermain di sana,” kata penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois.

“Kami mampu menang, kami kuat dari segi fizikal dan pemain kami mulai kembali. Masih ada masa untuk terus berjuang di La Liga.”

Barcelona meneruskan kebangkitan mereka dengan menewaskan Sevilla dan kini mengutip mata sama dengan Real Madrid, dengan kelebihan satu perlawanan berbanding pasukan di puncak liga. Real Socieded menduduki tangga kelima, kedudukan empat teratas mungkin jauh dari jangkauan.

Madrid melakukan 20 percubaan berbanding enam untuk Real Socieded tetapi gagal menyudahkan peluang, dengan Karim Benzema yang tercedera mampu menyaksikan perlawanan dari tepi padang.

Benzema mungkin kembali beraksi dalam perlawanan derbi dan satu perkara positif buat Zidane ialah pemain lain turut kembali, dengan Fede Valverde, Marcelo dan Rodrygo kesemuanya kembali bersama skuad. – AFP

Reaksi Vinicius Junior menjaringkan gol setelah membantu Real Madrid mencatat keputusan seri, kelmarin. – AP