MADRID, 4 OKT – Real Madrid berdepan kekalahan paling teruk musim ini menurut jurulatihnya, Carlo Ancelotti selepas tewas mengejut di Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu, tewas 1-2 kepada Espanyol semalam, kekalahan pertama mereka dalam saingan La Liga musim ini.
Real sebelum ini tewas kepada pasukan kerdil Moldovan, Sheriff Tiraspol pada perlawanan Selasa lalu dalam saingan Liga Juara-Juara sekali gus melepaskan peluang untuk mengatasi Atletico Madrid yang mengalahkan Barcelona 2-0 Sabtu lalu dan kini berkongsi kedudukan 17 mata dengan musuh mereka itu.
Real Sociedad kini turut mengumpul 17 mata selepas mengikat Getafe 1-1, yang juga melepaskan peluang untuk mengungguli kedudukan teratas liga semalam.
“Tak banyak yang boleh dikatakan,” kata Ancelotti selepas tewas dalam tiga perlawanan selepas seri tanpa jaringan dengan Villarreal pada perlawanan La Liga minggu lalu.
“Kami gagal untuk bertenang, melakukan apa yang dirancang. Pasukan tidak dapat beraksi dengan baik sama ada bersama bola atau tidak.
“Secara jujurnya ia adalah permainan terburuk kami musim ini.”
Espanyol mendahului pada minit ke-17 di Stadium RCDE di Catalonia menerusi Raul de Tomas. Aleix Vidal kemudiannya meledakkan gol kedua selepas menggelecek Nacho dan melepasi penjaga gol Real, Thibaut Courtois 15 minit sebelum tamat masa kedua.
Percubaan awal Karim Benzema pada awal separuh masa kedua dibatalkan kerana hantaran Luka Jovic ofsaid.
Benzema akhirnya merapatkan jurang pada minit ke-71 untuk gol liga kesembilannya dalam lapan perlawanan musim ini, apabila pemain antarabangsa Perancis itu menerima hantaran dari Jovic untuk gol kesembilan di liga dalam lapan perlawanan musim ini.
Espanyol hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan musim ini, mereka berjaya bertahan sehingga akhir perlawanan untuk membawa pulang tiga mata berharga. – AFP