Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Real Madrid kembali ke puncak La Liga

-

VALLECAS, SEPANYOL, 28 OKT – Real Madrid kembali berada di puncak carta La Liga semalam sekali pun terikat tanpa jaringan di Osasuna, tetapi Barcelona jatuh di tempat kesembilan selepas tewas 1-0 kepada Rayo Vallecano, dengan Radamel Falcao menjaringkan gol kemenangan.

Cubaan Karim Benzema pada babak kedua terkena palang gol di Santiago Bernabeu tetapi Osasuna mungkin dapat memenangi perlawanan dengan Kike Garcia terlepas peluang terbaik menjaringkan gol apabila rembatan dari jarak jauh terkena tiang gol.

Madrid melangkaui di depan Sevilla, Real Betis dan Real Sociedad – kesemuanya memungut 21 mata – dengan perbezaan jaringan sementara Osasuna berada di tempat keenam selepas meneruskan permulaan yang baik musim ini.

“Saingan La Liga sangat sengit, terdapat banyak pasukan di sana. Saya tak fikir perlu mendapat 100 mata untuk memenanginya musim ini,” kata Carlo Ancelotti.

Pemain berusia 35 tahun, Falcao mencuri tumpuan di Rayo selepas meledak gol keempat dalam enam perlawanan buat kelab baharunya itu dan pastinya ia kenangan manis selepas berjaya mengatasi Barca, di mana kali terakhir dia berjaya menjaringkan gol ke atas kelab tersebut adalah pada 2013.

Memphis Depay terlepas peluang menyempurnakan penalti ketika permulaan teruk Barca pada musim ini di bawah kendalian Ronald Koeman sekali gus menunjukkan satu lagi aksi buruk pasukan itu.

“Kami tidak beraksi dengan baik,” kata Koeman. “Pasukan ini hilang keseimbangan, kehilangan pemain yang sangat efektif dan prestasi mereka yang kurang memuaskan ditunjukkan hari ini.”

Selepas tewas aksi Clasico di laman sendiri kepada Real Madrid pada Ahad lalu, Barcelona kini berada di tangga kesembilan La Liga, ketinggalan enam mata di belakang kelompok pasukan teratas. – AFP

Aksi penyerang Real Madrid Karim Benzema semasa perlawanan Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Osasuna di stadium Santiago Bernabeu di Madrid pada 27 Oktober 2021. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -