Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real Madrid lanjutkan kontrak Rodrygo hingga 2028

    MADRID, 3 NOV – Real Madrid menyambung kontrak Rodrygo pada kelmarin, mengikat pemain sayap Brazil itu dengan kelab itu melalui musim 2027-28 dalam rangsangan terbaru untuk kuasa besar Sepanyol itu.

    Perjanjian baharu Rodrygo diumumkan dua hari selepas penyerang Brazil Vinícius Júnior dilanjutkan kontraknya sehingga musim 2026-27.

    Pada tandatangan kelmarin, Rodrygo bergambar dengan presiden kelab Real Madrid, Florentino Pérez dan mempamerkan jersi Madrid dengan 2028 padanya. Tiada butiran kewangan dikeluarkan.

    Kontrak semasa Rodrygo dijangka tamat pada tahun 2025.

    Rodrygo tiba di Madrid pada tahun 2019 sebagai pemain berusia 18 tahun, setelah menandatangani kontrak dari kelab Brazil, Santos dengan harga hampir 45 juta euro (AS$47.8 juta).

    Pemain berusia 22 tahun itu telah membuat 179 penampilan bersama kelab Sepanyol itu, menjaringkan 39 gol dan memenangi lapan gelaran, termasuk Liga Juara-Juara dan dua gelaran liga Sepanyol.

    “Rodrygo telah memainkan peranan penting dalam banyak trofi yang diraih oleh Real Madrid dalam beberapa musim kebelakangan ini,” kata kelab itu.

    Dia menjaringkan kedua-dua gol untuk Madrid dalam kemenangan 2-1 ke atas Osasuna pada final Copa del Rey 2023.

    Rodrygo telah menjadi pemula tetap dalam pasukan Carlo Ancelotti, bermain dalam serangan bersama Vinícius.

    Rodrygo mempunyai dua gol bersama Madrid musim ini. – AP

    Kontrak perjanjian Rodrygo dengan Real Madrid dilanjutkan lagi hingga ke tahun 2028. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda