Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Real Madrid mara peringkat 16 terakhir

-

MADRID, 8 DIS – Real Madrid mara ke peringkat kelompok 16 terakhir di Liga Juara-Juara sekali gus pemenang peringkat kumpulan selepas Toni Kroos dan Marco Asensio masing-masing menjaringkan gol kemenangan 2-0 menentang Inter Milan pada Selasa.

Kemenangan selesa di Santiago Bernabeu, dibantu oleh layangan kad merah Nicolo Barella di minit ke-64 yang mana Inter sudah ketinggalan 1-0, membawa Madrid naik ke tangga teratas bagi kumpulan D, lima mata mendahului pasukan Itali yang telah mara sebagai naib juara.

Inter harus menang untuk merangkul tempat pertama tetapi selepas permulaan goyah, Madrid lebih unggul dan gol daripada Kroos membuat mereka dapat mengawal permainan sebelum Barella diarah keluar padang dan sepakan Asensio.

Kemenangan tersebut akan mengelakkan mereka daripada bertemu Liverpool, Bayern Munich dan Manchester City apabila undian peringkat kalah mati.

“Kami mahu selesaikan yang dalam kumpulan terlebih dahulu untuk menghindari pasukan-pasukan yang kuat dan kami sudah buat begitu,” kata Luka Modric.

Selain daripada kekalahan mengejutkan di Sheriff pada September lepas, Kumpulan pasukan Madrid mendapat lima, dan termasuk dua kemenangan menentang Inter. – AFP

Aksi pemain Real Madrid, Luka Modric melakukan tandukan ketika bertembung dengan Alexis Sanchez semasa perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan D di Stadium Santiago Bernabeu kelmarin. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -