Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Real Madrid muncul gah tewaskan Chelsea

    LONDON, 7 APRIL – Carlo Ancelotti memuji hatrik hebat Karim Benzema ketika dia membantu Real Madrid meraih kemenangan 3-1 ke atas Chelsea yang meletakkan juara bertahan Liga Juara-juara tersebut di ambang penyingkiran selepas perlawanan pertama suku akhir yang berlangsung kelmarin.

    Benzema menghasilkan prestasi permainan berkelas tinggi di Stamford Bridge apabila penyerang Perancis tersebut menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dengan dua tandukan yang sempurna.

    Kai Havertz mengurangkan defisit sebelum masa rehat, tetapi Benzema mengambil peluang daripada kesilapan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy semasa separuh masa kedua untuk menyempurnakan kemenangannya.

    Ia merupakan hatrik kedua berturut-turut Benzema dalam Liga Juara-juara selepas dia sendirian memberi inspirasi kepada kemunculan semula mereka menentang Paris Saint-Germain pada perlawanan kedua 16 terakhir.

    Pasukan Ancelotti berada di kedudukan teratas untuk mara ke separuh akhir apabila mereka kembali ke Madrid untuk perlawanan kedua pada 12 April.

    Aksi Thibaut Courtois menyelamatkan bola daripada masuk dalam gawang semasa perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-juara EUFA antara Chelsea dan Real Madrid di stadium Stamford Bridge di London. – AFP

    Selepas tewas kepada Chelsea pada separuh akhir Liga Juara-juara musim lalu, Real berpeluang membalas dendam di Bernabeu.

    Real telah memenangi kejuaraan terakhir daripada 13 kejuaraan Liga Juara-juara mereka pada 2018 dan, walaupun mereka mungkin bukan pasukan pilihan dalam kejohanan tahun ini, kemenangan mereka di barat London merupakan kenyataan penting daripada pendahulu La Liga tersebut.

    Dengan 11 gol pada musim ini, Benzema telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain Perancis lain dalam satu kempen Piala Eropah, melepasi jaringan 10 gol Just Fontaine pada 1958 hingga 1959.

    “Ia adalah malam yang terbaik. Hari ini kami meraih kemenangan, untuk menunjukkan kami adalah Real Madrid,” kata Benzema.

    “Kami bermain dengan baik dari awal minit pertama hingga minit terakhir. Ia adalah gol yang sangat penting.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...