Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Real menang tipis ke atas RB Leipzig

    MADRID, 15 SEPT – Jaringan lewat Fede Valverde dan Marco Asensio mengekalkan 100 peratus permulaan Real Madrid musim ini dengan kemenangan 2-0 Liga Juara-Juara di tempat sendiri ke atas RB Leipzig pada Rabu.

    Ia hampir menjadi malam yang mengecewakan bagi juara bertahan 14 kali dan pemegang Eropah sehingga Valverde akhirnya berhasil menja-ringkan gol pada minit ke-80.

    Ia merupakan prestasi baik pemain tengah Uruguay itu dan dia meraikannya dengan penuh semangat di hadapan penonton yang lega di Santiago Bernabeu.

    Pemain gantian Asensio kemudian merembat gol kedua pada masa kecederaan selepas Toni Kroos melakukan sepakan percuma pendek ke tepi kotak.

    Kemenangan itu mengekalkan Madrid di puncak Kumpulan F dengan enam mata, mendahului Shakhtar Donetsk dengan empat mata, dan mereka telah memenangi kesemua lapan perlawanan yang telah mereka hadapi musim ini dalam semua pertandingan.

    “Dengan rembatan yang dia ada, saya memberitahunya jika dia tidak mampu menjaringkan 10 gol semusim maka saya akan tarik lesen kejurulatihan saya. Kakinya sungguh hebat!” kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti mengenai Valverde. – AFP

    Aksi Federico Valverde meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara kumpulan F menentang Leipzig. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...