Real mudah tundukkan Granada

MADRID, 24 DIS – Real Madrid kini berkongsi mata dengan Atletico Madrid di puncak La Liga kelmarin selepas tandukan Casemiro dan gol kelapan Karim Benzema pada musim ini telah melengkapkan kemenangan 2-0 ke atas Granada.

Granada memberikan masalah kepada pasukan Zinedine Zidane dalam beberapa kejadian tetapi jentera serangan yang tumpul telah merugikan pasukan. Selepas terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Real mula menggunakan kelebihan dan memasukan Marco Asensio untuk menggantikan Rodrygo yang tercedera dan meningkatkan tempo permainan untuk pasukan tuan rumah.

Real nyaris menjaringkan gol pertama selepas percubaan Toni Kroos yang melantun tersasar dan penjaga gol Rui Silva menyelamatkan percubaan Benzema.

Selang seminit kemudian Real berada di hadapan selepas Casemiro menanduk masuk bola ke gawang selepas menerima hantaran lintang dari Asensio pada minit ke-57. – AFP