MADRID, 7 FEB – Athletic Bilbao dan Real Sociedad berjaya mara dalam meneruskan cabaran ke separuh akhir Copa del Rey pada perlawanan semalam selepas menewaskan Barcelona dan Real Madrid di perlawanan suku akhir.
Bilbao akan berdepan menentang Granada dan Real Sociedad akan bertemu menentang pasukan Segunda, Mirandes di dua pusingan perlawanan, meneruskan peluang ke perlawanan akhir Copa del Rey yang pertama di antara pasukan Basque sejak 1910.
Mirandes berjaya mara ke separuh akhir selepas mengalahkan tiga pasukan La Liga iaitu Villarreal, Sevilla dan Celta Vigo.
Tetapi Real Sociedad akan menjadi pasukan kegemaran yang kuat untuk mengakhiri perlawanan mereka selepas mereka menewaskan Real Madrid 4-3 dalam perlawanan penuh drama dengan tujuh gol di Santiago Bernabeu pada perlawanan semalam.
Bilbao kemudian mengejutkan Barcelona apabila tandukan minit ke-94 Inaki Williams menghantar mereka mara ke separuh akhir melalui kemenangan 1-0 di San Mames.

Granada, yang menduduki tempat ke-10 di La Liga, telah menamatkan harapan Valencia untuk mempertahankan gelaran dengan memenangi 2-1 pada hari Selasa, terima kasih kepada dua jaringan gol Roberto Soldado.
Format baharu Copa del Rey, memasukkan pasukan yang lebih rendah bermain di halaman sendiri telah melihat rentetan kekecewaan dan meninggalkan pasukan yang tidak dikenali mengejar kemenangan piala itu.
Real Sociedad adalah pemenang terakhir piala domestik Sepanyol itu, setelah terakhir kali memenanginya pada 1987. Bilbao memenangi kejohanan itu pada 1984.
Granada mencapai ke perlawanan akhir pada 1959 sementara itu, ini kali kedua Mirandes telah membuat kejutan dalam sejarah mereka.
Pusingan pertama dijadualkan pada 12 Februari, dengan pusingan kembali hampir sebulan kemudian pada 4 Mac. – AFP




























