Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Real Sociedad berjaya jinakkan United

    LONDON, 9 SEPT – Manchester United mengetuai penghormatan bola sepak Inggeris kepada Ratu Elizabeth II sebelum kekalahan 1-0 mereka menentang Real Sociedad dalam Liga Europa, manakala bos Roma Jose Mourinho sedang berkabung selepas kemangkatan ratu, pada awal pagi kelmarin.

    Pemain United, West Ham dan Arsenal, pasukan Liga Perdana yang beraksi dalam kejohanan peringkat kedua dan ketiga Eropah, semuanya memakai lilitan lengan hitam selepas Ratu kemangkatan pada usia 96 tahun pada hari itu. Suasana suram di Old Trafford dan Stadium London, dengan United dan West Ham kedua-duanya bertafakur seminit sebelum sepak mula.

    Peminat West Ham menyanyikan lagu kebangsaan England semasa menang 3-1 menentang pasukan Romania FCSB dalam Liga Persidangan Europa. Kematian raja paling lama memerintah negara itu diumumkan selepas Arsenal telah pun memulakan perlawanan di FC Zurich, jadi The Gunners berdiam diri seminit sebelum bermulanya separuh masa kedua kemenangan 2-1 Liga Europa mereka.

    Manchester United berkongsi kesedihan seluruh negara berikutan pengumuman dari Istana Buckingham mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II,” kata pengurus pasukan itu dalam satu kenyataan kelab.

    Bekas pengurus United, Jose Mourinho juga memberikan penghormatan kepada ratu selepas kekalahan 2-1 Roma di Liga Europa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...