Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Real Sociedad intai kembali ke Liga Juara-Juara

    BARCELONA, 26 MEI – Real Sociedad belum layak ke Liga Juara-Juara selama sedekad tetapi skuad kendalian Imanol Alguacil boleh layak ke saingan utama Eropah dengan hanya dua mata lagi daripada baki dua perlawanan La Liga mereka.

    Skuad Basque, di tempat keempat, akan menentang Atletico Madrid kendalian Diego Simeone pada Ahad ini, dengan harapan untuk menempah tempat mereka sebelum perlawanan akhir yang berpotensi mencemaskan musim ini.

    Villarreal, kelima, ketinggalan lima mata di belakang La Real dan mesti memenangi dua perlawanan terakhir mereka untuk berpeluang mara ke Liga Juara-Juara.

    Atletico menerima tamparan Rabu lalu apabila mereka mensia-siakan kelebihan tiga gol ke atas Espanyol dan kini mengekori saingan Real Madrid, di tempat kedua, dengan satu mata.

    Real Sociedad akan beraksi tanpa pemain perancang David Silva, selepas dia mengalami kecederaan minggu ini, menyebabkan dia tidak dapat bermain dalam dua perlawanan liga terakhir mereka.

    Pemain berusia 37 tahun itu, yang telah menandatangani kontrak baharu sehingga 2024, telah menjadi tonggak penting dalam musim terbaik La Real dan bakal kembali ke peringkat teratas bola sepak Eropah buat kali pertama sejak 2013.

    Trofi itu, trofi utama pertama mereka sejak menjulang piala yang sama pada 1987, adalah petanda pasukan Basque sedang meningkat semula. – AFP

    Reaksi penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez selepas menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Itali (Coppa Italia) di Stadio Olimpico di Rom. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...