BARCELONA, 10 NOV – Real Sociedad mara ke kedudukan ketiga dalam La Liga selepas menang 2-1 ke atas Sevilla, yang bergelut dengan sembilan orang pemain, kelmarin.
Skuad kendalian Jorge Sampaoli menerima dua kad merah untuk Ivan Rakitic dan Tanguy Nianzou sekali gus memberikan mereka tekanan besar di stadium Ramon Sanchez-Pizjuan.
Alexander Sorloth membantu Real Sociedad di depan pada minit ke-20 dengan cubaan yang menarik selepas menerima hantaran Mikel Merino.
Alex Remiro beraksi cemerlang apabila menafikan gol penyamaan Isco. Sementara Rakitic dan Nianzou dibuang padang selepas melakukan kekasaran ke atas Brais Mendez, yang berselang enam minit sahaja.
Mendez menghukum Sevilla lagi dengan menjaringkan gol kedua selepas menerima hantaran Merino.
Walau bagaimanapun, Rafa Mir menanduk masuk hantaran silang Alex Telles sebelum babak pertama tamat untuk memberikan pasukannya sedikit harapan, walaupun kekurangan pemain.
Sevilla tidak menyerah kalah sehingga ke penghujung perlawanan, namun tidak berjaya mencari gol penyamaan. – AFP