Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Realisasikan imaginasi kembara terhebat

    KEJAYAAN siri permainan video, Skylanders Superchargers yang menampilkan gaya permainan kembara Role Playing Game (RPG) telah mendorong Toys for Bob untuk bekerjasama dengan Activision bagi merealisasikan siri terbaru iaitu Skylanders Imaginators.

    Sebagaimana dalam siri terdahulu, ia tetap menampilkan pelbagai karakter permainan popular yang akan melalui satu jelajah kembara menentang pihak musuh.

    Istimewanya dalam Skylanders Imaginators ini, para pemain boleh merealisasikan impian untuk menghasilkan sendiri karakter yang diinginkan untuk menjelajahi aksi pengembaraan yang sangat mencabar.

    Skylands diancam kuasa jahat

    Kisah bermula apabila kuasa Mind Magic yang sangat hebat telah dilancarkan oleh sekelompok masyarakat bergelar Ancients untuk mereka Skylands.

    Justeru masyarakat tersebut menyedari bahawa dengan adanya kuasa tersebut setentunya akan lebih mudah bagi sesetengah individu berniat jahat untuk menyalahgunakannya lalu mereka nekad membuat keputusan untuk menyembunyikannya di sebuah tempat rahsia bagi tujuan melindunginya.

    Para pemain bebas untuk mereka kostum dan senjata yang digunakan oleh karakter yang dimainkan di sepanjang pengembaraan.
    Para pemain bebas untuk mereka kostum dan senjata yang digunakan oleh karakter yang dimainkan di sepanjang pengembaraan.

    Bagaimanapun, Kaos telah berjaya menghidu mengenai kewujudan kuasa tersebut dan cuba untuk menggunakannya bagi niat jahat sehingga menubuhkan sekumpulan askar yang dipertanggungjawabkan untuk mencetuskan keadaan huru-hara dikenali sebagai Doomlanders.

    Ketua Portal yang berasa bimbang terhadap tindakan yang dilakukan oleh Kaos itu telah nekad untuk menubuhkan satu kumpulan tentera sendiri dengan imaginasinya sendiri dan dilatih oleh Senseis, ahli tempur terhebat yang dihantar daripada Eon.

    Mereka perlu bekerjasama untuk mematahkan segala tindakan dan rancangan yang telah direncanakan oleh Kaos sekaligus kembali membawa keamanan kepada Skylands.

    Corak permainan menarik

    Sebagaimana dalam siri terdahulu, corak permainan yang ditampilkan adalah termasuk penyelesaian teka-teki, mengembara dan menewaskan pihak musuh yang mencetuskan keadaan huru-hara.

    Permainan yang ditawarkan adalah terbuka secara single player ataupun multi player di mana para pemain harus bijak mengawal setiap karakter yang dimainkan secara perseorangan atau bekerjasama dengan rakan-rakan.

    Di awal permainan, para pemain harus memilih kelas pertempuran dan kelas unsur di mana ia yang berperanan untuk menentukan gaya pertempuran mereka.

    Selepas itu, pemain boleh mula mencipta karakter sendiri dengan memilih nama, menentukan tona suara, jenis kuasa, penampilan, warna dan saiz Imaginators yang bakal dikawal oleh mereka.

    Bagi para pemain yang tidak berhasrat untuk mencipta karakter sendiri pula boleh menggunakan karakter Skylanders yang telah ditawarkan.

    Terdapat empat jenis bahagian komponen badan yang boleh ditemui oleh para pemain ketika menerokai kembara dalam permainan video ini yang terdiri daripada jenis Common, Rare, Epic dan Ultimate.

    Crash Bandicoot turut membuat kemunculan dalam Skylanders: Imaginators.
    Crash Bandicoot turut membuat kemunculan dalam Skylanders: Imaginators.
    Pemain harus bijak menghadapi sebarang ancaman musuh dalam Skylanders: Imaginators.
    Pemain harus bijak menghadapi sebarang ancaman musuh dalam Skylanders: Imaginators.

    Selain itu, bahagian komponen badan yang diperolehi di sepanjang kembara ini juga boleh digunakan untuk merekabentuk semula karakter Skylanders yang dipilih di sepanjang pengembaraan ini.

    Kristal Creation merupakan satu ruang penyimpanan Imaginators di mana dengan kristal tersebut, pemain boleh memindah Imaginators yang telah direka ke dalam aksi pengembaraan permainan video itu,

    Di samping itu, terdapat lagi 31 karakter Skylanders pilihan yang turut dimuatkan dalam siri permainan video terbaru ini yang dikenali sebagai Senseis yang memiliki kuasa tersendiri yang sangat hebat.

    Sebanyak 11 daripada Senseis itu merupakan bekas penjahat di dalam siri Skylanders yang terdahulu dan kini memiliki kuasa hingga mampu melakukan serangan khas dikenali sebagai Sky Chi.

    Karakter Senseis akan mendahului kembara penjelajahan ini di mana ia turut berperanan untuk membuka kebolehan, teknik, senjata dan peringkat yang lebih tertinggi.

    Namun, khidmat bantuan sensei adalah secara pilihan di mana para pemain boleh memilih untuk bermain sama ada dengan bantuannya ataupun tidak.

    Seperkara yang menarik di dalam Skylanders Imaginators ini adalah kedua karakter khas popular Crash Bandicoot dan Doctor Neo Cortex memiliki peringkat tertentu iaitu Thumpin’ Wumpa Islands di mana iai menampilkan latar suasana persekitaran berdasarkan dunia dalam permainan video popular, siri Crash Bandicoot.

    Justeru, sekiranya anda teruja untuk melakukan aksi kembara yang sangat menarik jangan terlepas untuk terus bermain Skylanders: Imaginators yang dikeluarkan untuk platform PlayStation 4, Wii U, Xbox 360, PlayStation 3, Xbox One dan Nintendo Switch.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda