Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rebecca Ferguson sentiasa utamakan keadilan

    AKTRES kelahiran Sweden, Rebecca Ferguson, 34, yang membintangi francais terbaharu Mission: Impossible sentiasa memastikan dirinya dilayan secara adil di set penggambaran.

    Ia termasuk diberi lebih ruang ketika menjiwai watak mahupun melakukan aksi lagak ngeri.

    Banyak perkara berubah dalam isu gender tahun ini dan dia yakin mampu meneroka dunia lakonan dengan lebih luas.

    Memegang watak sebagai ejen MI6 bernama Ilsa Faust, wanita ini sudah mencipta ruang unik untuk diri sendiri dalam filem itu dengan mengangkat graviti emosi serta aksi yang sama tahap dengan pelakon utamanya, Tom Cruise.

    “Apa yang berlaku hari ini sangat hebat. Bukankah sudah tiba masa pelakon wanita dilayan sama rata dengan pelakon lelaki apabila menjayakan filem aksi?,” kata Rebecca.

    Rebecca Ferguson melakonkan watak Ilsa Faust dalam filem Mission: Impossible – Fall Out.

    Aktres ini mengakui bertuah menjadi sebahagian francais Mission: Impossible dan berpuas hati apabila tenaga produksi mempercayai bakatnya.

    “Saya sudah merasai pengalaman hebat ini dalam Rouge Nation walaupun tidak ramai pelakon wanita.

    “Saya dilayan sama adil dengan pelakon lelaki dan akan pastikan keadaan ini berterusan,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda