Rebel Wilson ingin turunkan berat badan

Pelakon Rebel Wilson mendedahkan dia pernah dibayar lumayan bagi mengekalkan bentuk tubuhnya yang besar semata-mata untuk membawa watak dalam filem Hollywood.

Memetik laporan Hollywoodlife, Rebel Wilson memberitahu dia ada menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan kerana sedikit sebanyak ia telah mengganggu fikirannya.

“Bukannya saya ingin turunkan berat badan dan mencapai satu angka tentu,” katanya.

“Lebih daripada itu, saya selalu memikirkan kenapa saya makan berlebihan,” tambahnya

“Saya pernah menerima tawaran dimana saya dibayar wang yang banyak untuk kekal tubuh badan yang besar sehingga ia boleh mengganggu fikiran saya,” katanya.

Bagaimanapun, Rebel Wilson meluahkan rasa gembira apabila dia kini berjaya menurunkan lebih 18 kilogram dan tidak lagi bimbang dengan keadaan dirinya. – Agensi

Rebel Wilson pernah menerima tawaran lumayan untuk kekal tubuh badan yang besar. – Agensi