Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rebet untuk pemegang kad Baiduri sempena TBC

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Bagi meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), Bank Baiduri memberikan rebet sehingga 38 peratus kepada pemegang kad kredit dan debit daripada jumlah bil ketika menjamu selera di restoran-restoran terpilih.

    Rebet berkenaan tersedia untuk menjamu selera pada Malam TBC dan Chap Goh Meh iaitu hari terakhir TBC.

    Bank Baiduri dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, pemegang kad Infinite akan mendapat rebet tunai 38 peratus, manakala pemenang kad kredit Platinum pula akan mendapat 28 peratus dan kad kredit dan debit Classic 10 peratus.

    Tiada perbelanjaan minimum diperlukan dan rebat dihadkan pada $88 bagi setiap transaksi dan setiap pemegang kad dihadkan kepada satu transaksi setiap hari.

    Selain itu, pemegang kad yang membelanjakan jumlah minimum dalam satu resit di cawangan yang mengambil bahagian bermula hari ini hingga pertengahan Februari depan, secara automatik akan mendapat satu peluang dalam cabutan untuk memenangi Dolar Baiduri bernilai sehingga $888.

    Antara restoran yang menyertai promosi berkenaan adalah All Seasons Restaurant di Freshco Batu Satu, KB Sentral dan Pusat Membeli-Belah One City; Restoran Dynasty di Centrepoint, Gadong, Emperor’s Court di Manggis Mall dan Excapade Japanese Restaurant untuk cawangan di Regent Square Kiulap, Serusop dan Kuala Belait.

    Turut menyertai adalah Restoran GK di Sungai Hanching, Vanda Chinese Restaurant di Hotel Mulia dan Yam Cha Restaurant di Gadong Central.

    Terma dan syarat penuh promosi boleh dilihat di laman web Bank Baiduri.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...