Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Rebic bantu Milan pungut mata penuh

    MILAN, 14 OGOS – AC Milan memulakan misi untuk mempertahankan gelaran juara Serie A dengan kemenangan selepas berjaya menundukkan Udinese 4-2 kelmarin, manakala rembatan minit akhir daripada Denzel Dumfries menghadiahkan kemenangan buat Inter Milan ke atas Lecce.

    Milan bangkit daripada ketinggalan untuk merampas mata penuh hasil dua gol daripada Ante Rebic, gol penalti oleh Theo Hernandez dan rembatan daripada penyerang Brahim Diaz.

    Kekalahan tersebut ternyata sukar diterima oleh pasukan Udinese yang bermain dengan baik di hadapan peminat lawan di San Siro.

    “Kami mampu melakukan lebih baik, banyak perkara positif tetapi kami mampu melakukan lebih baik. Namun ini perkara biasa bagi awal musim,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli kepada DAZN.

    Peminat-peminat yang membanjiri San Siro melaungkan ‘Kami adalah juara’, tetapi tidak lama kemudian mereka dikejutkan oleh jaringan Rodrigo Becao yang berjaya menanduk bola sepakan penjuru Gerard Deulofeu untuk menewaskan penjaga gol Milan, Mike Maignan.

    Milan memberikan respons dan berada di hadapan selepas tinjauan VAR terhadap kekasaran oleh Bradon Soppy ke atas pemain Milan, Davide Calabria sekali gus membolehkan Hernandez untuk menjaringkan gol penalti. – AFP

    Reaksi Ante Rebic selepas menjaringkan gol ketika menentang Udinese dalam saingan Serie A, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...