Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Rebut kelebihan Surah Al-Kahfi

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Ibadah membaca Surah Al-Kahfi sangat istimewa dan mempunyai kelebihan yang sangat besar sehingga digalakkan membacanya terutama setiap hari Jumaat.

    Selain memperolehi pahala yang berlipat ganda, membaca surah ke-18 itu juga akan dikurniakan ketenangan dan rahmat di samping memelihara para pembaca daripada fitnah
    Dajjal.

    Ke arah merebut manfaat dan kelebihannya, jawatankuasa takmir dan jemaah Masjid Kampung Sungai Besar mengadakan majlis membaca Surah Al-Kahfi beramai-ramai di masjid berkenaan.

    Ketua Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Hanafiah bin Haji Mahmud memulakan majlis dengan mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah dan membaca Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Bacaan Surah Al-Kahfi telah dipimpin oleh Awang Rahim bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri dan Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Haji Awang Zaini bin Haji Awang Damit.

    Juga hadir ialah Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Dari sudut kemasyarakatan, ibadah membaca Surah Al-Kahfi secara beramai-ramai akan membantu mengukuhkan kemuafakatan dan meningkatkan keharmonian dalam kalangan jemaah di samping memberi iktibar dan pengajaran yang terkandung dalam surah berkenaan.

    Antara AJK dan jemaah Masjid Kampung Sungai Besar yang menyertai majlis membaca Surah Al-Kahfi beramai-ramai. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...