Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Rebut peluang pekerjaan meskipun karnival jauh dari kampung halaman

    KOTA KINABALU – Pencari kerja terutama dalam kalangan siswazah di Sabah merebut peluang mendapatkan pekerjaan dengan menghadiri Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang dianjurkan sempena siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah, baru-baru ini.

    Jarak perjalanan dari kampung halaman ke bandar raya ini tidak menjadi penghalang kepada mereka kerana ada antaranya sanggup datang dari jauh seperti Beluran dan Keningau semata-mata ingin membina kerjaya demi masa depan diri sendiri seterusnya dapat mengubah nasib keluarga.

    Nlyntika Agustine, 24, dari Keningau ketika ditemui Bernama berkata semangat untuk membina kerjaya mendorongnya menghadiri karnival kerjaya itu dan memanfaatkan sepenuhnya peluang tersebut dengan menghantar tiga permohonan pekerjaan kepada tiga syarikat.

    “Saya datang dari Keningau seorang diri pada Rabu lepas semata-mata untuk ke karnival kerjaya ini. Buat sementara waktu ini, saya menumpang di rumah kawan untuk memudahkan pergerakan ke sini.

    “Saya tidak kisah apa pun jawatan diberikan asalkan saya dapat kerja,” katanya.

    Pencari kerja terutama dalam kalangan siswazah di Sabah merebut peluang mendapatkan pekerjaan dengan menghadiri Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang dianjurkan sempena siri Jelajah AKM edisi Sabah. – Bernama

    Berkongsi pengalaman ketika menghadiri sesi temu duga secara angsung itu, Nlyntika yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewangan berkata dia berasa gementar namun tetap teruja kerana dapat menjalani sesi berkenaan dengan lancar.

    Khairul Izham Jamri, 26, dari Beluran pula berkata dia tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia selepas mengetahui penganjuran program itu pada Selasa lepas.

    “Saya ingin mencuba (menghantar permohonan pekerjaan)… mana tahu ada rezeki, sekiranya ada, boleh senangkan kedua ibu bapa.

    “Ini satu program yang bagus apatah lagi sekarang susah hendak cari pekerjaan,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah dari Universiti Malaysia Sabah.

    Harmika Hasim, 25, yang berkongsi pandangan sama berkata karnival kerjaya itu merupakan platform terbaik bagi memudahkan para pencari kerja terutama dalam kalangan siswazah memandangkan semua majikan dihimpunkan dalam satu kawasan, malah boleh terus mengikuti sesi temu duga secara langsung.

    Sementara itu, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Joewell David berkata 39 majikan menyertai karnival kerjaya tersebut.

    Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia sempena siri Jelajah AKM edisi Sabah menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan pelbagai sektor. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...