Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Rebut peluang promosi Ceria Raya Bersama Shell

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) meneruskan promosi Ceria Raya Bersama Shell bagi minyak pelincir Shell yang ditawarkan dengan hadiah percuma seperti baju Polo Shell Helix Edisi Terhad, Shell Car Care dan peket Hari Raya.

    Menurut kenyataan BSM, hari ini, para pelanggan boleh membeli tiga jenis pakej seperti Performance Pack, Efficient Pack dan Protection Pack.

    Bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan promosi tersebut, kod QR juga disediakan pada poster promosi CERIARAYA di mana-mana lokasi yang menyertai promosi tersebut.

    Sekiranya pelanggan tidak menerima hadiah mereka seperti yang dimaksudkan dalam promosi, mereka juga boleh memaklumkan kepada BSM melalui kod QR atau dengan menghubungi pusat panggilan 24 jam BSM.

    Minyak pelincir Shell direka untuk membersihkan dan melindungi bahagian enjin dan lapisan pelindung dalam memastikan kenderaan diselenggarakan dengan baik, menampilkan prestasi perjalanan lancar dan senyap. 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...