Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rebut peluang sertai ‘Beat Saber’

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Para pengunjung Pesta Pengguna ke-21 yang akan bermula esok hingga 1 Julai bakal berpeluang menyertai pertandingan ‘Beat Saber’ yang pertama kali diadakan oleh Telekom Brunei Berhad (TelBru).

    Menurut kenyataan TelBru, para pemenang pertandingan yang bakal berlangsung sepanjang lima hari pesta berkenaan diadakan akan berpeluang memenangi konsol permainan terkini termasuk headset realiti maya (VR) dan Play Station terkini.

    Permainan akan merangkumi beberapa peringkat kesukaran di mana para pemain diperlukan untuk mengelar blok yang datang mengikut rentak muzik yang dipilih menggunakan alat kawalan pergerakan VR.

    Pemain akan perlu mengatasi markah pemain lain untuk layak bagi tiga kedudukan teratas dan pemain yang mempunyai markah tertinggi akan memenangi hadiah utama.

    Dibukakan kepada orang ramai berusia 13 tahun ke atas, pertandingan berkenaan akan diadakan dari 12 tengah hari hingga 9:30 malam pada hari pertama, kedua dan keempat, manakala itu, pada Jumaat, ia akan diadakan dari 3 petang hingga 9:30 malam, dan 12 tengah hari hingga 6 petang pada hari terakhir.

    Para pemenang akan diumumkan pada 8 malam 1 Julai.

    Bagi memeriahkan lagi acara berkenaan, TelBru juga akan memberikan baucar-baucar daripada makanan dan minuman hingga membeli-belah secara percuma selain hadiah-hadiah kepada mereka yang melanggan atau membeli mana-mana perkhidmatan TelBru sepanjang acara lima hari berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda