Red Bull Brunei lancar kempen promosi

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Red Bull Brunei telah melancarkan kempen terkini iaitu ‘Red Bull Cycling Promo’ membolehkan pelanggan membeli enam pek pada harga promosi.

Di samping itu, apabila pelanggan membeli enam pek pada harga promosi berkenaan, mereka berhak membeli edisi terhad Red Bull pada harga diskaun.

Kempen yang merupakan kerjasama antara Red Bull dan Aewon Brunei itu telah dilancarkan pada majlis yang diadakan di cawangan Aewon. Kempen berobjektif untuk mempromosikan gaya hidup sukan yang sihat melalui aktiviti berbasikal, di mana orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai kempen berkenaan dan mendapatkan barangan Red Bull yang tersedia. Untuk mendapatkan barangan berkenaan, pelanggan yang membeli pek Red Bull pada harga promosi dan mengumpulkan pembuka tin minuman Red Bull.

Dengan enam pembuka tin minuman Red Bull, pelanggan berhak untuk mendapatkan diskaun bagi barangan edisi terhad Red Bull seperti jersi, baju-t, topi dan tuala.

Untuk menebusnya, pelanggan hanya perlu membawa pembuka tin minuman Red Bull ke mana-mana cawangan bilik pameran Aewon. Cycling Red Bull Promo adalah usaha sama antara Red Bull Brunei, Malar Setia dan Aewon Brunei serta lainnya.

Kempen yang merupakan kerjasama antara Red Bull dan Aewon Brunei telah dilancarkan pada majlis yang diadakan di cawangan Aewon.