Monday, October 3, 2022
23.6 C
Brunei

Red Bull sertai perlumbaan kapal layar

-

AUCKLAND, 15 DIS – Red Bull hari ini mengumumkan bahawa ia memasuki satu pasukan dalam perlumbaan kapal layar Piala Amerika, dalam satu langkah yang akan membawa persaingan sengit Formula Satu dengan Mercedes ke atas air.

Principal pasukan Red Bull Racing, Christian Horner mengatakan pasukan itu akan bekerjasama dengan pemenang Piala Amerika dua kali, Alinghi untuk mencabar piala paling berprestij kapal layar.

“Pasukan F1 kami tidak sabar-sabar untuk membantu ahli keluarga baharu kami ini untuk berjaya… kami akan berkongsi pengalaman, tips kejuruteraan dan lain-lain. Ia adalah kerjasama dua hala,” katanya dalam satu kenyataan.

Pesaing mereka, Ineos Britannia sudah mempunyai hubungan rapat dengan Mercedes, yang telah terlibat dalam persaingan sengit dengan Red Bull semasa musim F1.

Ia memuncak bagi pemandu muda Red Bull dari Belanda, Max Verstappen, dinobatkan sebagai juara dunia secara kontroversi mengatasi pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dari Britain minggu ini, dengan keputusan pasukan Jerman kelihatan bersedia untuk membuat rayuan.

Kedua-dua pasukan kapal layar akan membawa teknologi F1 ke kapal monohull AC75 sepanjang 23 meter yang menakjubkan yang digunakan semasa Piala Amerika terakhir, yang dimenangi oleh pasukan New Zealand di Auckland pada Mac lalu. – AFP

Pelumba Red Bull, Max Verstappen ketika menyertai ujian pasca musim di litar Yas Marina di Abu Dhabi. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -