Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Red Velvet gandingkan Neelofa & Alif Satar

    KUALA LUMPUR – Selepas mencipta fenomena bersama Fattah Amin menerusi Suri Hati Mr Pilot, Neelofa bakal bertukar hero dalam drama bersiri terbaru berjudul Red Velvet apabila beliau digandingkan buat kali pertama dengan Alif Satar.

    Katanya, secara peribadi beliau mengagumi bakat aktor berkenaan yang sememangnya menyerlah dalam pelbagai cabang seni, termasuk pengacaraan dan nyanyian.

    “Saya terima tawaran ini pun kerana teringin bergandingan dengan Alif. Lakonannya dalam beberapa drama sebelum ini sangat saya kagumi. Dia mempunyai karisma dan serba boleh,” katanya. Ditanya sama ada mampu mengulangi fenomena Suri Hati Mr Pilot, Neelofa enggan memberi jangkaan sebaliknya menyerahkan setiap kemungkinan kepada peminat.

    Neelofa bakal bergandingan dengan Alif Satar dalam siri drama Red Velvet.
    Neelofa bakal bergandingan dengan Alif Satar dalam siri drama Red Velvet.

    “Seperti sebelum ini, saya tidak memberi sebarang jangkaan, namun berusaha memberikan yang terbaik ketika berlakon. Perkara sama saya lakukan kali ini. Saya bagaimanapun berharap penonton dapat menikmati kisah menarik yang disajikan kerana ketika membaca skripnya saja, saya sudah terpesona.

    “Harapan saya, orang ramai takkan membuat perbandingan. Apa pun, saya sangat optimis peminat tentu menyukai plot drama terbaru ini, begitu juga gandingan kami berdua,” kata Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-29 itu lagi.

    Terdahulu, Alif sebelum ini mencipta sensasi menerusi drama Dia Semanis Honey bersama Siti Nordiana. Red Velvet, yang bakal diarahkan oleh Michael Ang, akan menjalani penggambaran dalam masa terdekat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...