Redah laluan berliku untuk berjaya

Di sebalik kejayaan menggenggam lima ijazah, pelakon dan model Dr Soo Wincci, mengakui keputusan merantau ke Valencia, Sepanyol untuk menimba ilmu sejak dua tahun lalu bukan sesuatu yang mudah.

Wincci berkata, semua kekalutan dan pergelutan itu berakhir dengan kemanisan apabila menggenggam ijazah Pasca Sarjana Fellowship dari Berklee College of Music, Valencia, baru-baru ini.

Pencapaian itu turut melayakkan Wincci memahat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menambah dua rekod baharu iaitu Ratu Cantik Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak dan Artis Rakaman Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak.

Wincci berkata, segala pengalaman itu dicurahkan menerusi lagu terbaharunya, Cut Away yang menyorot setiap langkahnya ketika memulakan hidup baharu di Sepanyol.

Lagu itu kata Wincci, dihasilkan dalam empat bahasa iaitu Melayu, Mandarin, Inggeris dan Sepanyol.

Kata Wincci, singlenya itu akan dilancar dan diterbitkan bersama syarikat rakaman dari Taiwan serta China iaitu Ocean Butterflies, Taihe dan Touch Music. – Agensi

Dr Soo Wincci, baharu sahaja menggenggam Ijazah Pasca Sarjana Fellowship dari Berklee College of Music, Valencia baru-baru ini. – Agensi