Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah mencuba Redbull Plus selepas menyempurnakan pelancaran minuman terbaharu Redbull berkenaan bersama Pengurus Jualan Malar Setia, Eric Lim semasa Pesta Pengguna ke-25 di Bridex, Jerudong, kelmarin.
Produk terbaharu yang dibawakan Redbull Brunei itu adalah minuman tenaga tanpa gula, bagi mereka yang menginginkan minuman berkualiti, bertenaga dan lebih sihat. Ia mengandungi ekstrak Guarana alami daripada sumber kafein untuk meningkatkan tenaga dan membantu mengekalkan tenaga dan lebih fokus apabila beraktiviti. – Gambar oleh Muiz Matdani