Reds lepas geram

 

LIVERPOOL, 10 Feb – Liverpool bangkit daripada keputusan yang kurang memuaskan dalam beberapa perlawanan sebelum ini dengan menewaskan Bournemouth 3-0 pagi tadi, sekali gus merampas kedudukan puncak Liga Perdana Inggeris ke atas Manchester City.

Sadio Mane, Georginio Wijnaldum dan Mohamed Salah meledak gol buat Reds ketika skuad kendalian Jurgen Klopp itu tidak menampakkan sedikit tanda-tanda gemuruh dan kesilapan dalam beberapa perlawanan seri 1-1, masing-masing menentang Leicester dan West Ham, yang mengurangkan mata kelebihan mereka ke atas juara bertahan, City.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)