Reed muncul juara Kejohanan WGC Mexico

BANDAR MEXICO, 24 FEB – Patrick Reed berjaya melakukan tiga pukulan lewat birdie dalam empat di bawah par 67 untuk satu pukulan untuk muncul juara mengatasi Bryson DeChambeau dalam Kejohanan WGC Mexico Ahad lalu.

Bekas juara kejohanan Master, Reed bermain dengan penuh kesabaran selepas melakukan pukulan pada sembilan lubang pertama di Kelab Golf Chapultepec, selepas pendahulu kejohanan ketinggalan ke belakang untuk merangkul juara dengan 18 di bawah par dengan keseluruhan 266 pukulan.

Pukulan birdie pada pusingan ke-15, 16 dan17 telah melonjakkan beliau ke-19 di bawah par di kejohanan tersebut, dan memberikan beliau kelebihan dua stoke.

Peluang tersebut cukup untuk meneruskan pukulan tee pada lubang ke-18 dengan baik tetapi melakukan sedikit kesilapan pukulan bogey untuk memberikan beliau kemenangan tipis.

“Ia sangat berbaloi,” menurut Reed, yang hanya memenangi kejohanan WGC pada tahun 2014 , apabila ia dimainkan di Doral, Florida.

Pemain golf Amerika Syarikat, Patrick Reed merangkul kejuaraan di Kejohanan WGC Mexico Ahad lalu di Kelab Golf Chapultepec. – AP

“Saya cuba bangkit dan memenangi kejohanan golf kedua saya terutama dengan bagaimana saya melakukan aksi pada lubang ke-15 dan lubang seterusnya.

“Lubang terakhir merupakan yang paling susah, tapi saya perlu lakukan untuk memenanginya.”

DeChambeau dilihat menguasai perlawanan selepas pukulan kelima birdie sepanjang enam lubang, dan pukul 14 kaki di lubang ke-14 telah melonjakkan beliau di kedudukan teratas 18 di bawah par.

Tetapi tiga putt bogey di par tiga lubang ke-17 membuktikan bahawa ia sangat susah untuk diatasi dengan beliau hanya mampu membuat pukulan enam di bawah par dan 17 di bawah dengan keseluruhan 267.

Reed berkata bahawa beliau mencuba untuk kekal fokus pada permainan.

“Di hujung hari, kita tidak boleh mendengar apa yang orang lain katakan,” kata Reed. “Anda hanya dapat mengawal apa yang anda lakukan.” – AFP