Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Reese Witherspoon umum cerai

    Pelakon Reese Witherspoon mengumumkan perceraian dengan suaminya, Jim Toth selepas hampir 12 tahun hidup bersama.

    Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram miliknya, Reese akui keputusan untuk berpisah bukanlah suatu yang mudah buat mereka berdua.

    Reese dan Jim juga setuju untuk lebih memberi fokus membesarkan anak mereka bersama meskipun sudah berpisah.

    “Kami membuat satu keputusan yang sukar iaitu untuk berpisah. Kami menikmati waktu bersama dan akan terus hidup dengan kasih saya serta kesefahaman yang telah kami cipta.

    “Keutamaan kami sekarang adalah anak dan juga seluruh ahli keluarga. Hal ini bukanlah sesuatu yang mudah dan terlalu peribadi.

    “Kami sangat menghargai semua orang dapat memberi menghormati privasi kami di waktu sukar ini,” ujarnya.

    Sementara itu memetik laporan People, kedua-dua mereka berusaha sebaik mungkin mencari jalan agar anak mereka mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya dari kedua ibu bapa.

    Reese dan Jim berkahwin pada Mac 2011 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun.

    Pelakon Legally Blonde ini juga mempunyai dua orang anak lain hasil perkahwinan pertama. – Agensi

    Gambar fail bertarikh 27 Februari 2017 menunjukkan Reese dan Jim muncul bersama di parti Vanity Fair Oscar di Beverly Hills, California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...