Regata Hari Keputeraan meriah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Dermaga Diraja di Bandar Seri Begawan hari ini dibanjiri ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara apabila Regata Brunei Darussalam kembali lagi menggegarkan Sungai Brunei sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke acara tahunan itu.

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)