Regional MT CT TTX dirasmikan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Kementerian Pertahanan, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan bahawa Majlis Perasmian Regional Maritime Counter Terrorism Table Top Exercise (MT CT TTX) telah diadakan di Hotel Radisson, ibu negara.

Menurut kenyataan itu, hadir selaku tetamu kehormat pada majlis perasmian berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan.

Regional MT CT TTX dikendalikan dalam konteks strategik dan melibatkan pegawai-pegawai kanan dalam domain ketenteraan, dasar dan perundangan.

Regional MT CT TTX itu dikendalikan bersama oleh Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Jabatanarah Dasar Pertahanan dari Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam bersama pihak Australia.

Regional MT CT TTX berlangsung selama dua hari di Negara Brunei Darussalam di mana negara-negara yang terlibat dalam pengendalian Regional MT CT TTX itu termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Majlis Perasmian Regional MT CT TTX yang berlangsung di Hotel Radisson. – Gambar oleh Kementerian Pertahanan