Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Regragui pecahkan rekod

    DOHA, 9 DIS – Jurulatih Maghribi, Walid Regragui menjadi jurulatih warga Afrika pertama yang berjaya membawa pasukannya ke peringkat suku akhir Piala Dunia selepas menumbangkan Sepanyol dengan sepakan penalti, walaupun baru sahaja mengambil alih kepimpinan pada Ogos.

    Regragui telah dilantik sebelum kejohanan bermula selepas jurulatih sebelumnya, Vahid Halilhodzic dipecat kerana ‘mempunyai perbezaan pandangan’ dengan persekutuan bola sepak negara itu.

    Namun selepas tujuh perlawanan sejak itu, Atlas Lions tidak pernah kalah, dibolosi hanya sekali sahaja – itu pun kerana gol sendiri dalam aksi final peringkat kumpulan menentang Kanada yang telah pun tersingkir.

    Dalam masa hanya lima bulan sejak meninggalkan Wydad Casablanca, Regragui telah menjadi jurulatih antarabangsa buat pertama kali dan menjadikan negara asalnya sebagai negara Afrika Utara atau negara Arab pertama yang mara ke kelompok lapan terakhir dalam Piala Dunia.

    Satu lagi kemenangan ke atas Portugal pada Sabtu nanti akan menjadikan Maghribi pasukan Afrika pertama mencapai peringkat separuh akhir – menandingi Cameroon pada tahun 1990, Senegal pada tahun 2002 dan Ghana pada tahun 2010. – AFP

    Regragui berkata semasa sidang media di Pusat Konvensyen Kebangsaan Qatar (QNCC) di Doha. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...