Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Reka kotak tisu dari kayu sesuai tema hiasan

    Oleh Amri HTZ

    Kertas tisu bersih merupakan barangan peribadi yang digunakan sebagai tisu muka, mengesat kotoran, bilik mandi dan rumah secara umumnya. Sifat pakai buang yang dimilikinya menjadikannya sebagai pengganti kepada kain lap memandangkan ia perlu dicuci selepas digunakan.

    Selain itu, gambaran yang terdapat pada permukaan kotak terutamanya ketika musim perayaan menjadi tumpuan kepada para pengumpul barangan terhad. Namun bagi sesetengahnya, gambaran sedemikian kurang sesuai untuk tema hiasan sesebuah ruangan dan memilih untuk menutupinya menggunakan kotak luaran khusus.

    Sediakan barangan lebih awal

    Projek rekaan kali ini akan mereka kotak untuk tisu yang diperbuat daripada kayu. Untuk itu, sebelum memulakan projek pembuatan, awda perlu menyediakan barangan seperti sekeping papan dengan lebar 23sm dan panjang kira-kira 200sm, gam kayu, mesin ketam kayu, kertas pasir, pensel penanda, pita pengukur, mesin pemotong kayu meja, vernier caliper, pahat kayu, mesin jig, gerudi, wood finish pilihan dan gelang getah.

    Langkah pembuatan perlu perhatian

    Langkah permulaan akan dimulakan dengan pemotongan papan yang disediakan menjadi bahagian-bahagian tertentu. Tetapkan rip fence mesin pemotong kayu meja dengan jarak 7mm dari bilah pemotong mesin. Dua kepingan papan dengan panjang 200sm (mengikuti panjang papan) akan dipotongkan sebelum mengubah kedudukan rip fence.

    Setelah memotongkannya, rip fence akan ditetapkan pada kedudukan 1sm dari bilah pemotong untuk mendapatkan sekeping papan berbeza ketebalan tetapi panjang dan lebar yang sama.

    Penggunaan gelang getah merupakan satu pilihan untuk mengekalkan kedudukan cantuman secara sementara.
    Papan yang tersedia akan dipotong menjadi bahagian-bahagian kecil menggunakan mesin pemotong kayu meja.
    Susunan kayu bahagian sisi, depan dan
    Jika lebar kayu digunakan tidak mencukupi, cantumkan dua bahagian menjadi satu menggunakan pengepit kayu dan gam kayu, dan pastikan permukaan cantuman rata dan bebas dari kotoran minyak.
    Lakaran bahagian atas kotak tisu yang dilekatkan permukaan kayu sebagai stensil.

    Tumpukan perhatian pada papan berketebalan 7mm yang dipotong sebelumnya yang akan dipotong menjadi bahagian sisi kotak tisu.

    Sudut potongan di sini ialah 45 darjah bagi mendapatkan teknik cantuman milter. Jenis cantuman sebegini sengaja dipilih bagi memberikan hasil akhir rekaan yang terbaik seperti seorang profesional.

    Dua keping potongan kayu berukuran 13.4sm x 11.4sm dan 22.4sm x 11.4sm diperlukan bagi bahagian sisi (kiri dan kanan) dan bahagian depan dan belakang kotak. Selain itu, menggunakan kayu yang sama, potong kayu berukuran 22.4sm x 13.4sm sekeping untuk bahagian atas. Sementara itu, untuk bahagian bawah, kayu dengan ketebalan 1sm sebelumnya akan dipotongkan dengan ukuran 22.4sm x 13.4sm untuk bahagian bawah.

    Ketebalan kayu untuk bahagian bawah agak berbeza disebabkan ia akan direka sedikit berlainan daripada bahagian lain. Keseluruhan bahagian sisinya kan dipotongkan dengan sudut 45 darjah dengan ketebalan 7mm manakala lebihan 3mm akan dibentuk dengan sudut 90 darjah berfungsi sebagai panduan ketika kotak tisu dimasukkan.

    Jika melakukan menggunakan mesin dirasakan agak sukar pada langkah tersebut, gunakan pahat kayu secara manual dengan kayu perlu ditetapkan sementara menggunakan bench vise. Dengan cara ini awda akan mendapatkan kemudahan dalam mengendalikan dan membentuknya. Alat protraktor diperlukan untuk menetapkan sudut yang diperlukan yang ditandakan lebih awal menggunakan pensel penanda.

    Bagi kayu bahagian sisi kiri, kanan, depan dan belakang, keseluruhan sudut akan dipotongkan dengan sudut 45 darjah menggunakan mesin pemotong kayu untuk mendapatkan hasil yang cepat dan mudah.

    Setelah memotongkannya, susun kepingan kayu tersebut dengan bahagian belakang menghadap ke atas bermula dengan bahagian depan, sisi kiri, belakang dan sisi kanan. kepingan papan yang tersusun tersebut akan diletakkan dengan pita perekat pada bahagian cantuman secara sementara. Langkah ini dilakukan untuk memudahkan proses mencantumkan keseluruhan bahagian tanpa perlu bantuan seseorang bagi memegangnya.

    Manakala bahagian terakhir iaitu kayu bahagian atas akan ditebuk pada bahagian tengahnya menggunakan mesin jig. Bentuk ruangan yang hendak dipotongkan bolehlah ditiru daripada bekas kotak tisu yang telah kosong pada permukaan papan. Sebelum membolehkan untuk bilah mesin jig memasuki bahagian tengah lakaran, awda perlu menebuk kawasan tersebut menggunakan mata gerudi dengan ukuran yang lebih besar berbanding bilah mesin.

    Dengan keseluruhan bahagian telah berjaya dibentuk dan dipotongkan, langkah seterusnya ialah mencantumkan bahagian-bahagian kotak (kecuali bahagian bawah) menggunakan gam kayu. Sapukan keseluruhan permukaan cantuman menggunakan gam kayu. Langkah ini diikuti dengan menetapkan kedudukan cantuman secara sementara menggunakan pengepit kayu.

    Teknik lain yang boleh digunakan untuk mengekalkan kedudukan cantuman ialah menggunakan gelang getah. Jika gelang getah yang digunakan berukuran kecil, ia akan diperlukan dalam jumlah yang banyak untuk memastikan keseluruhan bahagian bercantum ketat. Selain itu, bagi membantu agar kedudukan cantuman tidak beralih, gunakan kotak tisu terpakai pada bahagian dalamnya. Biarkan gam mengering lebih kurang 24 jam.

    Langkah terakhir ialah membersihkan keseluruhan permukaan cantuman daripada lelehan gam kayu. Bagi memudahkan langkah tersebut, gunakan pahat kayu atau kertas pasir untuk membuangkannya. Selain itu, keseluruhan permukaan kotak akan digosok menggunakan kertas pasir berukuran 1,500 grit ke atas bagi mendapatkan permukaan licin sebelum menyapukan wood finish pilihan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...