Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Rekod bilangan calon berentap pada PRN Sarawak ke-12

-

KUCHING, 6 DIS – Sejumlah 349 calon daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), parti gabungan pemerintah, sembilan parti pembangkang dan calon Bebas bakal bersaing merebut kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), terbesar di negara ini pada 18 Dis ini.

Dari Kuching, ibu negeri Bumi Kenyalang ini hingga ke kawasan tanah tinggi, Ba’kelalan di hujung utara Sarawak, kesemua 82 kerusi DUN dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di sebalik dua kerusi DUN menang tanpa bertanding

ketika Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerajui GPS buat kali pertama pada PRN ke-11 pada 2016.

Ini adalah jumlah terbesar dalam sejarah pilihan raya negeri dari segi parti dan bilangan calon yang bertanding. Pertambahan pengundi di Sarawak memerlukan DUN meningkatkan bilangan kerusi daripada 71 dengan penyertaan 229 calon pada 2011 kepada 82 kerusi pada edisi 2016 dan 2021.

GPS dengan gabungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan Abang Johari sebagai presiden, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif  (PDP), menandakan realiti baharu dalam politik Sarawak dalam mencari mandat baharu membentuk kerajaan negeri.

Empat parti komponen utama GPS, yang memainkan peranan penting dalam menawan 72 kerusi dalam PRN 2016 di bawah Barisan Nasional (BN) kemudian telah keluar daripada pakatan persekutuan pada 2018 untuk

membentuk gabungan negeri mereka sendiri dengan logo burung kenyalang warna merah dan hitam bagi menggantikan lambang BN iaitu dacing yang sinonim dengan parti gabungan itu. – Bernama

Penduduk kampung Gedong, Shariza Mohd Sharif menunjukkan lencana memaparkan gambar Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada topi Gabungan Parti Sarawak(GPS) diluar Pusat Penamaan Calon N.26 Gedong di Dewan Masyarakat Gedong di sini, semalam. – Bernama
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -