Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Rekod penjualan tiket Piala Dunia melebihi sasaran

    DOHA, 23 JUN – Ketua penganjur bagi Piala Dunia Qatar mengumumkan mengenai permintaan yang mengatasi rekod jualan iaitu sebanyak 1.2 juta tiket kelmarin, tetapi mengakui bahawa ia sukar untuk menghentikan beberapa perniagaan yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga tiket tersebut.

    Ketua jawatankuasa penganjur bagi kejohanan yang berlangsung pada November dan Disember ini, Hassan Al-Thawadi mengatakan bahawa dia berusaha untuk mengehadkan cabaran menaikkan harga tiket ketika kos semakin meningkat untuk penginapan yang terhad di Qatar.

    Presiden FIFA, Gianni Infantino mengongsikan bahawa sebanyak lima juta tempahan untuk mendapatkan tiket kejohanan dunia tersebut di stadium Lusail dengan kapasiti 80,000 orang, menunjukkan permintaan yang besar bagi Piala Dunia pertama yang diadakan di Timur Tengah.

    “Sekitar 1.2 juta tiket sudah pun dibeli,” kata Al-Thawadi kepada Forum Ekonomi Qatar di Doha. “Jadi sebenarnya semua orang membelinya dan berasa teruja untuk datang ke sini. Tiada keraguan lagi mengenai perkara itu,” katanya. Pegawai jawatankuasa penganjur mengatakan lebih kurang 40 juta permintaan untuk tiket pada fasa kedua penjualan secara dalam talian. Secara keseluruhan, sebanyak dua juta tiket akan terjual, dengan sejuta lagi tiket ditempah untuk perbadanan dunia FIFA dan para penaja.

    Doha, dengan populasi penduduk seramai 2.4 juta, bersedia untuk menerima rombongan besar pelawat. Perlawanan bagi 32 pasukan itu nanti akan diadakan di lapan buah stadium di seluruh bandar, memberikan tekanan utama pada infrastruktur negara. Selain daripada itu, Qatar dikatakan akan menyediakan 130,000 bilik hotel, pangsapuri, kapal persiaran dan di gurun pasir, khemah sebanyak 1,000 khemah. Manakala itu, bilik kongsi akan dikenakan bayaran sebanyak AS$85 untuk penginapan satu malam.

    “Terdapat penginapan jenis perkhemahan,” kata Infantino semasa forum tersebut, merujuk kepada perkhemahan serba mewah iaitu sejenis khemah tradisional dengan gaya badwi. Ia juga akan dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik, tetapi tanpa penyaman udara. – AFP

    Presiden FIFA, Gianni Infantino semasa berucap dalam sidang media pada 16 Jun lalu di New York. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...