Rekod single BTS ‘Dynamite’ bernilai AS$1.4 bilion

Rekod single sensasi K-pop BTS di carta teratas Amerika Syarikat (AS) ‘Dynamite’ bakal menjana lebih AS$1.4 bilion untuk ekonomi Korea Selatan dan ribuan pekerjaan dalam negara, menurut satu kajian kerajaan yang dikeluarkan semalam.

Kumpulan tujuh penyanyi itu memperkukuhkan pengaruh mereka dalam pasaran muzik terbesar dunia pada minggu lalu, apabila kesemua lagu Bahasa Inggeris mereka menduduki kedudukan nombor satu dalam BillBorad Hot 100.

Kejayaan itu telah mengatasi penyanyi rap Psy, dengan Gangnam Style menjadi amat popular di seluruh dunia tetapi mencecah kemuncak di nombor dua di AS selama tujuh minggu pada musim luruh 2012.

Kajian oleh Kementerian Budaya, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan dan institut pelancongan kerajaan meramalkan rekod single itu akan menjana aktiviti ekonomi berjumlah 1.7 trilion won dan hampir 8,000 pekerjaan baharu.

Selain jualan berjumlah lebih 400 bilion won, ia akan mendorong kepada hampir 600 bilion won jualan kosmetik dan hampir 180 bilion won dalam makanan dan minuman, menurut kajian.

Anggaran itu adalah berdasarkan analisis jualan label BTS Big Hit Entertainment, selain statistik dari Kastam Korea Selatan, Bank Korea dan data Google Trends.

Ia tidak termasuk pelancongan asing ketika berdepan sekatan perjalanan ketat yang dikenakan oleh Seoul berhubung pandemik koronavirus.

“Jika kami memasukkan ramalan pendapatan pelancongan, kami menjangka impak ekonomi adalah lebih kukuh,” kata kementerian. – AFP

Rekod single sensasi K-pop BTS ‘Dynamite’ bakal diramalkan menjana lebih AS$1.4 bilion untuk ekonomi Korea Selatan dan ribuan pekerjaan dalam negara. – Agensi