Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Rekod tanpa kalah Bilbao berakhir di tangan Mallorca

    MADRID, 15 FEB – Gol sendiri yang dijaringkan oleh penjaga gol, Unai Simon menamatkan rekod tanpa kalah Athletic Bilbao apabila kelab tersebut tewas 3-2 kepada Mallorca dalam liga Sepanyol kelmarin.

    Athletic bangkit daripada ketinggalan dua gol pada separuh masa kedua tetapi bolos pada minit ke-88 apabila rembatan Takefusa Kubo dari jarak dekat terkena tiang dan melantun dari kepala Simon sebelum memasuki gawang.

    Gol itu menamatkan rekod lima perlawanan tanpa kalah Athletic dalam semua pertandingan dan menghalang kelab Basque Country itu daripada menghampiri tempat kelayakan Eropah dalam liga Sepanyol. Ia kekal di tempat kelapan, dua mata di depan Villarreal di tempat ketujuh dan lima daripada Barcelona di tempat keempat dalam kedudukan terakhir Liga Juara-Juara.

    Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut untuk Mallorca yang menduduki tempat ke-15 selepas tewas empat perlawanan berturut-turut dalam liga. Kemenangan itu melonjakkan Mallorca enam mata di atas zon penyingkiran dengan satu perlawanan dalam tangan berbanding dua pasukan di zon penyingkiran.

    Pasukan tuan rumah membuka jaringan dengan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Salva Sevilla pada minit ke-22 dan menambah pendahuluan pada minit ke-30 menerusi Angel Rodriguez sebelum Athletic kembali dengan jaringan Raul Garcia pada minit ke-59 dan satu lagi oleh Alex Berenguer pada minit ke-61 di Son Stadium Moix. – AP

    Peminat Athletic Bilbao menyokong pasukan mereka dalam perlawanan separuh akhir Copa del Rey menentang Valencia 10 Februari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...